ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN IV-MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 69. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah

(1) Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan dibereskan oleh seorang Pengerusi dan dua orang lain yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie daripada kalangan anggota panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah seksyen 57.

(2) Walau apa pun seksyen 57, Ketua Hakim Syarie boleh melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah bagi mana-mana prosiding yang tertentu jika Ketua Hakim Syarie berpendapat wajar berbuat demikian.

(3) Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi Pengerusi tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah, melainkan-
Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik Hakim yang paling kanan antara Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk menjadi Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.