ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989
BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH
Seksyen 9. Nyataan-nyataan yang perlu menghuraikan atau mengemukakan nyataan-nyataan yang ada hubungan.
Nyataan-nyataan yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu fahaman yang dibayangkan oleh sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan atau yang menentukan pengenalan sesuatu atau seseorang yang pengenalannya ada hubungan atau yang menetapkan masa atau tempat di mana sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan telah berlaku, atau yang menunjukkan hubungan pihak yang olehnya sesuatu nyataan itu perlu bagi maksud itu.
MISALAN-MISALAN
(
a
) Soalnya ialah sama ada sesuatu suratan tertentu adalah wasiat "A".
Keadaan harta "A" dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat itu boleh menjadi qarinah.
(
b
) "A" dituduh melakukan sesuatu jenayah.
Nyataan bahawa tidak lama selepas sahaja jenayah itu dilakukan, "A" telah melarikan diri dari rumahnya adalah qarinah di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan kemudian yang melibatkan nyataan yang menjadi soal.
Nyataan bahawa pada waktu ia meninggalkan rumahnya itu ia ada mempunyai urusan yang tiba-tiba dan segera di tempat ia pergi itu adalah qarinah sebagai mungkin menghuraikan nyataan bahawa ia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.