ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 40. Perlantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Hakim Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas perakuan Ketua Hakim Syarie.

(2) Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah kecuali dia adalah seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah atau Perkhidmatan Awam.

(3) Semua perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah diwartakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.