ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 157. Tiada melaporkan atau mendaftarkan.

(1) Barangsiapa yang bertanggungjawab melapurkan atau dikehendaki menghantarkan permohonan dibawah peruntukan Enakmen ini kepada Pendaftar dengan semata-mata lalai atau tidak membuat demikian itu hendaklah didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan.

(2) Barangsiapa yang dikehendaki di bawah peruntukan Enakmen ini oleh Pendaftar menerangkan atau mengeluarkan dan menandatangani mana-mana surat yang mustahak bagi mendaftarkan perkara ini dengan semata-mata lalai atau tidak membuat seperti yang dikehendaki hendaklah didenda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.