ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
Seksyen 14. Tidak layak menjadi ahli.
Orang-orang yang berikut adalah tidak layak dilantik menjadi ahli Majlis -
(
a
) orang yang bukan beragama Islam;
(
b
) orang yang bukan dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
(
c
) orang yang berumur di bawah dua puluh satu tahun;
(
d
) orang yang telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah dan dihukum penjara atau denda melebihi dua ribu ringgit;
(
e
) orang yang diisytihar muflis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.