ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 34. Kesan pendaftaran disisi undang-undang.

Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini atau dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan sesuatu perkahwinan sah atau tidak sah semata-mata oleh sebab ia telah didaftarkan atau tidak didaftarkan, yang mana, sebaliknya, adalah tidak sah atau sah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.