ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.


(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang berlainan-

"anak dara" ertinya seorang perempuan yang belum pernah bersetubuh sama ada sudah berkahwin atau tidak;

"balu" ertinya perempuan yang kematian suami;

"bermastautin" mempunyai erti yang sama diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"bermukim" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"duda" ertinya lelaki yang kematian isteri;

"edah" ertinya suatu masa yang mesti ditunggu oleh perempuan untuk mengetahui kesucian rahimnya atau kerana lain-lain yang diperintah oleh Hukum Syarak;

"fasakh" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"harta" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"janda" ertinya seseorang perempuan yang telah berkahwin dan diceraikan;

"Jawatankuasa Pendamai" ertinya Jawatankuasa Pendamai yang dilantik di bawah seksyen 35 (3);

"khuluk" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Kerajaan" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"lian" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Majlis" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"maskahwin" ertinya bayaran yang wajib dengan akadnikah atau dengan lain-lain sebab mengikut Hukum Syarak sama ada yang berupa wang tunai atau mata benda;

"muasyarah" ertinya pergaulan rumahtangga yang baik di antara suami isteri;

"mukim" dan "mukim masjid" ertinya kawasan yang ditetapkan oleh Majlis dalam mana terdiri sebuah masjid atau surau;

"murtad" ertinya seseorang yang keluar dari Ugama Islam dengan melakukan sesuatu perkataan, perbuatan atau kerana itiqad yang tertentu mengikut Hukum Syarak;

"mutaah" ertinya bayaran saguhati yang diberi memgikut Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

"nafkah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"nasab" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Negeri" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"nusyuz" ertinya sesuatu tindakan isteri terhadap suaminya yang dianggap durhaka mengikut Hukum Syarak;

"orang kenamaan" ertinya seseorang yang ternama di sesuatu tempat seperti guru ugama, imam, wakil rakyat, penggawa, penghulu dan sebagainya;

"peguam" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"pemberian" ertinya pemberian yang berupa wang tunai atau mata benda yang diberi oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan;

"Pendaftar" ertinya seseorang Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 6 Enakmen ini;

"perempuan yang bersuami" ertinya seseorang perempuan yang sudah berkahwin dengan sah mengikut Hukum Syarak dan perkahwinannya masih kekal;

"perpindahan" ertinya suatu penjualan, pemberian, pajakan, cagaran atau apa-apa urusan lain yang dengannya pemunyaan atau pemilikan harta itu adalah dipindah milik atau dibebankan tetapi tidaklah termasuk sesuatu permindahah yang dilakukan kerana wang atau sesuatu yang bernilai wang kepada atau untuk faedah seseorang yang bertindak dengan suci hati dan tanpa notis;

"Qadhi" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Qadhi Besar" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"sepencarian" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"sesusuan" ertinya penyusuan bayi dengan perempuan yang bukan ibu kandungnya sebanyak tidak kurang daripada lima kali yang mengenyangkan dalam masa umurnya dua tahun ke bawah;

"syubhat" ertinya perbuatan yang pada hakikatnya salah mengikut Hukum Syarak yang dilakukan dengan suci hati dan kepercayaan bahawa ianya halal;

"tak sah tarif" ertinya anak yang dilahirakan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhat;

"taliq" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"wali" ertinya seseorang yang sah mengikut Hukum Syarak menjadi wali bagi hal mengahwinkan seseorang perempuan;

"wali raja" ertinya wali yang ditauliahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak;

(2) Semua perkataan, perbahasaan, tafsiran dan rangkaikata yang digunakan di dalam Enakmen ini tetapi tidak ditakrifkan di dalamnya, maka takrifan dalam Akta Pentafsiran 1967, hendaklah dipakai.

(3) Melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain apa-apa rujukan dalam Enakmen ini mengenai sesuatu Bahagian atau Seksyen tertentu adalah rujukan dalam Enakmen ini yang tertentu itu.

(4) Jika berlaku sebarang kekeliruan atau kekaburan dalam memberi erti sesuatu perkataan, perbahasaan atau rangkaikata mengenai Hukum Syarak maka adalah menjadi budi bicara Mahkamah yang membicarakan kes ini untuk memberi takrifan kepada perkataan, perbahasaan atau rangkaikata sedemikian itu.

"bermastautin" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"bermukim" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"duda" ertinya lelaki yang kematian isteri;

"edah" ertinya suatu masa yang mesti ditunggu oleh perempuan untuk mengetahui kesucian rahimnya atau kerana lain-lain yang diperintah oleh Hukum Syarak;

"fasakh" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"harta" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"janda" ertinya seseorang perempuan yang telah berkahwin dan diceraikan;

"Jawatankuasa Pendamai" ertinya Jawatankuasa Pendamai yang dilantik di bawah seksyen 35 (3);

"khuluk" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Kerajaan" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"lian" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Majlis" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"maskahwin" ertinya bayaran yang wajib dengan akadnikah atau dengan lain-lain sebab mengikut Hukum Syarak sama ada yang berupa wang tunai atau mata benda;

"muasyarah" ertinya pergaulan rumahtangga yang baik di antara suami isteri;

"mukim" dan "mukim masjid" ertinya kawasan yang ditetapkan oleh Majlis dalam mana terdiri sebuah masjid atau surau;

"murtad" ertinya seseorang yang keluar dari Ugama Islam dengan melakukan sesuatu perkataan, perbuatan atau kerana itiqad yang tertentu mengikut Hukum Syarak;

"mutaah" ertinya bayaran saguhati yang diberi mengikut Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

"nafkah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"nasab" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Negeri" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"nusyuz" ertinya sesuatu tindakan isteri terhadap suaminya yang dianggap durhaka mengikut Hukum Syarak;

"orang kenamaan" ertinya seseorang yang ternama di sesuatu tempat seperti guru ugama, imam, wakil rakyat, pengawa, penghulu dan sebagainya;

"peguam" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"pemberian" ertinya pemberian yang berupa wang tunai atau mata benda yang diberi oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan;

"Pendaftar" ertinya seseorang Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 6 Enakmen ini;

"perempuan yang bersuami" ertinya seseorang perempuan yang sudah berkahwin dengan sah mengikut Hukum Syarak dan perkahwinannya masih kekal;

"perpindahan" ertinya suatu penjualan, pemberian, pajakan, cagaran atau apa-apa urusan lain yang dengannya pemunyaan atau pemilikan harta itu adalah dipindah milik atau dibebankan tetapi tidaklah termasuk sesuatu pemindahan yang dilakukan kerana wang atau sesuatu yang bernilai wang kepada atau untuk faedah seseorang yang bertindak dengan suci hati dan tanpa notis;

"Qadhi" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Qadhi Besar" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"sepencarian" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"sesusuan" ertinya penyusuan bayi dengan perempuan yang bukan ibu kandungnya sebanyak tidak kurang daripada lima kali yang mengenyangkan dalam masa umurnya dua tahun ke bawah;





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.