ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 5 - PERUNTUKAN TENTANG BON



Seksyen 199. Tatacara mengenai pelucuthakan bon.

(1) Bilamana—


(2) Jika sebab yang mencukupi tidak ditunjukkan atau penalti itu tidak dibayar, orang yang terikat sedemikian boleh, dengan perintah Mahkamah yang mengeluarkan waran itu, dipenjarakan di dalam penjara sivil selama suatu tempoh yang boleh sampai enam bulan.

(3) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, meremitkan mana-mana bahagian penalti yang disebut itu, dan menguatkuasakan pembayaran sebahagiannya sahaja.

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menghalang penalti, atau mana-mana bahagiannya, mana-mana bon di bawah Enakmen ini didapatkan di bawah peruntukan undang-undang yang berhubung dengan tatacara sivil yang sedang berkuat kuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.