ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAB II - PERKAHWINAN



Seksyen 22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan.

(1) Selepas sahaja akad nikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta'liq yang ditetapkan atau ta'liq lain bagi perkahwinan itu di dalam daftar perkahwinan.

(2) Catatan itu hendaklah diakusaksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali dan dua orang saksi, selain daripada Pendaftar yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.

(3) Catatan itu kemudiannya hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.