ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XII - PINDAAN
Seksyen 81. Cara.
Pindaan hendaklah dibuat dengan cara memfail satu salinan dokumen terpinda, yang hendaklah menunjuk dengan cara mana dokumen itu dipinda, dan menyerahkannya kepada pihak satu lagi:
Dengan syarat bahawa, jika pindaan diperintahkan dalam masa perbicaraan atau pendengaran mana-mana tindakan atau prosiding, atau jika semua pihak hadir semasa pindaan itu dibuat, Mahkamah boleh menurut budi bicaranya, meminda dokumen dalam failnya dan penyampaian kepada mana-mana pihak tidaklah perlu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.