ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN
WARAN GELEDAH



Seksyen 45. Qadhi bolehlah mengeluarkan waran memberi kuasa menggeledah untuk mendapatkan keterangan mengenai kesalahan.


Jika seorang Qadhi hasil dari maklumat dan dari penyiasatan sebagaimana yang difikirkan perlu, mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa sesuatu benda yang berhubung atau berkaitan dengan kesalahan yang telah dilakukan atau sebarang keterangan atau benda yang perlu bagi penyiasatan terhadap mana-mana kesalahan, boleh didapati di mana-mana tempat, Qadhi itu bolehlah dengan waran, memberi kuasa kepada orang yang diarahkan itu memasuki, dengan bantuan sebagaimana dipinta, dan menggeledah tempat itu untuk mendapat keterangan atau benda tersebut, dan jika sesuatu yang digeledah itu ditemui, merampasnya dan membawakannya ke hadapan Qadhi yang mengeluarkan waran itu atau Qadhi yang lain untuk diselesaikan mengikut undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.