ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 11. Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota, dan salah seorang daripada mereka hendaklah menjadi pengerusi, dari satu panel yang mengandungi sekurang-kurangnya tujuh orang Islam yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan perlantikan ahli panel itu hendaklah disiarkan dalamWarta.

(2) Sesuatu rayuan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah daripada mana-mana keputusan Mahkamah Tinggi Syariah:

(3) Apabila seseorang merayu terhadap sesuatu keputusan mana-mana Mahkamah atau memohon kebenaran untuk merayu mengikut perenggan (d) subseksyen (2), maka Mahkamah hendaklah mendengar rayuan atau permohonan untuk kebenaran merayu itu.

(4) Di atas sesuatu rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh:

(5) Tiada rayuan boleh dibenarkan atau perbicaraan semula diperintahkan atas alasan salah prosedur atau salah penerimaan keterangan melainkan telah menyebabkan tiada keadilan.

(6) Apabila sesuatu rayuan dibuat atau sesuatu permohonan untuk kebenaran merayu dikemukakan kepada Mahkamah, rayuan atau permohonan untuk kebenaran merayu itu hendaklah dibuat dengan memberi atau memfailkan notis atau rayuan yang berkenaan itu, dalam tempoh empat belas hari selepas berlakunya perbuatan, ketinggalan, hukuman, perintah, dikri atau keputusan rayuan itu dibuat, atau mengenai dengan permohonan untuk kebenaran merayu itu dibuat atau, dalam hal yang mana pihak merayu tidak tahu menahu pada masa kejadian itu dan tidak mungkin dengan melakukan usaha yang munasabah tahu kejadian itu dalam tempoh empat belas hari selepas perbuatan, ketinggalan, hukuman, perintah, dikri atau keputusan itu sampai kepada pengetahuan pihak merayu itu:

Dengan syarat bahawa Mahkamah Rayuan Syariah, apabila mendengar sesuatu permohonan untuk kebenaran merayu, boleh, atas alasan-alasan khas yang mana hendaklah termasuk penzahiran perkara atau keterangan baru dan penting, melanjutkan masa untuk merayu, walaupun tempoh masa untuk berbuat demikian telah tamat.

(7) Rayuan hendaklah didengar dalam Mahkamah terbuka dan diputuskan mengikut pendapat bilangan terbanyak anggota-anggota Mahkamah Rayuan Syariah. Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah menyedia alasan-alasan bagi keputusan. Satu salinan sijil itu hendaklah diberikan kepada Mahkamah pembicaraan.

(8) Rayuan di bawah Enakmen ini tidak boleh berkuasa sebagai menggantungkan perintah itu kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya dan apabila sesuatu perintah itu tergantung Mahkamah boleh mengenakan syarat-syarat yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.