ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN VII - ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 65. Kuasa MajIis untuk memungut dan melupuskan zakat dan fitrah.

(1) Tertakluk kepada Ordinan ini, Majlis hendaklah mempunyai kuasa, dan hendaklah berkewajipan, untuk memungut dan melupuskan semua zakat dan fitrah yang kena dibayar di dalam Negeri mengikut Undang-Undang Islam sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis, dengan kelulusan Yang di-Pertua Negeri.

(2) Semua zakat dan fitrah yang dipungut mengikut Bahagian ini hendaklah dibayar ke dalam Baitulmal tetapi hendaklah dimasukkan ke dalam suatu akaun berasingan dalam Baitulmal itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.