ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 235. Borang.

Borang yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini hendaklah dipakai di mana berkenaan dan dengan pengubahsuaian tertentu jika hal keadaan menghendaki, tetapi borang itu tidak boleh diubah sedemikian semata-mata untuk mengenakan ke atas seseorang itu apa-apa tanggungan atau melucutkan daripadanya apa-apa hak atau maklumat kecuali jikalau pengubahsuaian itu dibenarkan oleh undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.