ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994
BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
Seksyen 159. Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah.
Pada pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Rayuan Syariah-
(a)
hendaklah mendengar pihak merayu atau peguam syarienya, jika dia hadir dan, jika difikirkannya patut, pihak menentang atau peguam syarienya, jika dia hadir, dan boleh mendengar pihak merayu atau peguam syarienya menjawab;
(b)
boleh sama ada mengekalkan, menolak, membatalkan, atau mengubah keputusan Mahkamah yang membicarakan, atau boleh memerintahkan perbicaraan semula atau boleh mengembalikan perkara itu kepada Mahkamah yang membicarakan dengan pendapat Mahkamah Rayuan Syariah mengenainya, atau membuat apa-apa perintah yang lain dalam perkara itu sebagaimana yang ia fikirkan adil, dan boleh melalui perintah itu menjalankan apa-apa kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah yang membicarakan; dan
(c)
boleh, jika difikirkan bahawa suatu hukuman yang lain patut dijatuhkan, membatalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah yang membicarakan dan menjatuhkan apa-apa hukuman lain yang dibenarkan oleh undang-undang bagi menggantikan hukuman asal sebagaimana yang Mahkamah fikirkan sepatutnya telah dijatuhkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.