ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 26. Memakan dan menjual dalam bulan Ramadan.

(1) Mana-mana orang yang pada siang hari di dalam bulan Ramadan menjual sebarang makanan, minuman atau tembakau kepada mana-mana orang yang beragama Islam untuk dimakan atau dihisap dengan serta-merta; atau

(2) Mana-mana orang yang akil baligh menurut Agama Islam pada siang hari di dalam bulan Ramadan dengan terang-terang atau di tempat awam memakan sebarang makanan, minuman atau menghisap tembakau; hendaklah menjadi suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.