ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII
BAB XXVII
Perkara Am



Seksyen 215. Dengan sengaja memberi aib atau gangguan kepada pengkhidmat awam yang sedang menjalankan prosiding kehakiman pada mana-mana peringkat.

Barang siapa dengan sengaja memberi apa-apa aib atau penghinaan atau menyebabkan apa-apa gangguan kepada seseorang pengkhidmat awam yang sedang menjalankan prosiding kehakiman pada mana-mana peringkat, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.