ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 110. Makanan haram.

(1) Seseorang Islam yang membekal, menjual atau menyediakan apa-apa makanan yang haram pada Hukum Syarak untuk dimakan oleh orang-orang Islam sama ada dengan jalan tipu atau tidak, atau memakan apa-apa makanan haram itu dalam keadaan sedar dan tahu bahawa itu adalah makanan haram, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau bagi tiap-tiap kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

(2) Seseorang Islam yang membekal atau menjual daging haram kepada orang Islam atau daging daripada binatang-binatang halal yang tidak sah sembelihannya mengikut Hukum Syarak, adalah bersalah atas sesuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.