ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN VIII - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 97. Pengiktirafan muallaf sebagai orang Islam.

(1) Seseorang yang telah memeluk agama Islam dan pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan selama-lamanya diperlakukan sebagai orang Islam.

(2) Seseorang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan di bawah undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Terengganu dan bagi maksud penguatkuasaan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Terengganu, diperlakukan sebagai orang Islam.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.