ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 122. Mempersendakan upacara agama.

Seseorang yang mengolok-olok, mengajuk atau mengejek-ejek dengan perkataan atau perbuatan akan amalan atau upacara yang berkaitan dengan Agama Islam, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.