ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak
Seksyen 116. Anggapan daripada pengakuan boleh dipatahkan
Anggapan yang berbangkit daripada pengakuan yang dibuat oleh seseorang bahawa dia ialah bapa kepada seseorang yang diakuinya sebagai anak boleh dipatahkan hanya dengan-
(a) penolakan di pihak orang yang telah diakui sebagai anak itu;
(b) bukti bahawa perbezaan umur antara pihak yang mengaku dan pihak yang diakui adalah sebegitu kecil, atau bahawa umur pihak yang diakui adalah sebegitu tinggi, hingga menyebabkan pertalian yang dikatakan itu mustahil dari segi fizikal;
(c) bukti bahawa pihak yang diakui itu adalah sebenarnya anak seorang lain; atau
(d) bukti bahawa ibu anak itu tidak mungkin menjadi isteri yang sah kepada pihak yang mengaku pada masa percantuman benih anak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.