ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 4 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 195. Bagaimana sabitan atau pembebasan yang dahulu boleh dibuktikan.

(1) Dalam mana-mana perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini, suatu sabitan atau pembebasan yang dahulu boleh dibuktikan selain daripada cara-cara lain yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuatkuasa-
bersama-sama dengan, dalam setiap kes itu, keterangan mengenai identiti orang tertuduh dengan orang yang telah disabitkan atau dibebaskan itu.

(2) Jika pegawai penguasa penjara mana-mana penjara menyatakan di dalam mana-mana perakuan yang ditandatangani olehnya bahawa cap jari yang terdapat atas perakuan itu adalah cap jari orang yang disebut dalam perakuan itu, perakuan itu akan menjadi keterangan tentang fakta yang dinyatakan itu.

(3) Setiap Mahkamah hendaklah menganggap sebagai sahih setiap dokumen yang dikatakan adalah perakuan sabitan dan yang dikatakan telah ditandatangani oleh pegawai penguasa mana-mana penjara di Malaysia, dan hendaklah juga menganggap bahawa pegawai yang dikatakan telah menandatangani dokumen itu adalah bila dia menandatangani dokumen itu, pegawai penguasa penjara yang disebutkan dalam dokumen tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.