ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK
Seksyen 9. Perintah perwakilan.
Jika ramai orang mempunyai kepentingan yang sama dalam mana-mana prosiding, Mahkamah boleh pada bila-bila masa memberi kuasa kepada salah seorang atau lebih dari mereka untuk bertindak bagi pihak semua orang itu, sama ada orang itu dinamakan sebagai pihak atau tidak:
Dengan syarat tidak seorang boleh terikat oleh mana-mana perintah kecuali-
(a)
ia telah disampaikan satu notis mengenai niat untuk memohon sedemikian; atau
(b)
ia telah disampaikan satu salinan perintah itu dan dalam tempoh 10 hari tidak memohon kepada Mahkamah untuk melepas atau mengubahnya:
Dengan syarat seterusnya bahawa jika orang itu terlalu ramai atau sukar ditentukan Mahkamah boleh mengarahkan penyampaian perintah itu dengan suatu cara yang difikirkan sesuai.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.