ENAKMEN 9 TAHUN 1991
KAWALAN DAN SEKATAN (PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM DI KALANGAN ORANG ISLAM) (NEGERI SEMBILAN) 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 3. Kriteria bagi memutuskan sama ada seseorang itu seorang Islam.

Jika dalam mana-mana pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Enakmen ini timbul apa-apa soalan tentang sama ada seseorang itu seorang Islam, soalan itu hendaklah diputuskan mengikut kriteria reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan, atau kemungkiran orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.