ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992
BAHAGIAN VI - MASUK AGAMA ISLAM
Seksyen 69. Kehendak-kehendak bagi kemasukan Islam.
(1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi kemasukan sah seseorang itu ke agama Islam-
(a) orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas;
(b) pada masa mengucap dua kalimah Syahadah itu orang itu mestilah sedar bahawa ia bermakna "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. ialah Pesuruh Allah"; dan
(c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu sendiri.
(2) Seseorang yang tidak dapat bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan
(a)
subseksyen (1), mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan cara isyarat yang menunjukkan makna yang dinyatakan dalam perenggan
(b)
subseksyen itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.