ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
DOKUMEN AWAM
Seksyen 57. Dokumen Awam.
Dokumen-dokumen yang berikut adalah dokumen awam:
(
a
) dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan -
(i) kuasa pemerintah berdaulat;
(ii) badan-badan rasmi dan tribunal; dan
(iii) pegawai-pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada bagi Persekutuan atau Negeri atau negara asing; dan
(
b
) rekod-rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen persendirian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.