ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - Darihal Menangkap, Melarikan Diri dan Menangkap Semula



Seksyen 24. Kesalahan yang dilakukan di hadapan Hakim.

Apabila satu-satu kesalahan dilakukan di hadapan seorang Hakim di dalam kawasan bidang kuasanya, maka bolehlah dia sendiri menangkap atau memberi kuasa kepada mana-mana orang supaya menangkap pesalah itu, dan bolehlah kemudiannya, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam Kanun ini mengenai jaminan, meletakkan pesalah itu di dalam tahanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.