ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM



Seksyen 13. Permohonan untuk pendaftaran

(1) Mana-mana orang yang hendak menubuhkan sesuatu Sekolah Islam hendaklah memohon untuk pendaftaran dalam borang yang ditetapkan kepada Pendaftar dan hendaklah juga mengemukakan kepada Pendaftar cadangan suratcara bagi penubuhan Jemaah Sekolah Islam itu.

(2) Setelah menerima permohonan itu, Pendaftar hendaklah menimbangkan permohonan itu dan sama ada meluluskan atau menolak permohonan itu.

(3) Jika kelulusan telah diberikan, Pendaftar hendaklah segera mendaftarkan Sekolah Islam itu dan mengeluarkan Perakuan Pendaftaran dengan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.