ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN IV-MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 56. Pelantikan Ketua Hakim Syarie

(1) Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, selepas berunding dengan Majlis, boleh melantik seorang Ketua Hakim Syarie.

(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika dia-
(3) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuatkuasa, memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuatkuasa, terus memegang jawatan Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.