ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN V - PEGUAM SYARIE



Seksyen 36. Menukar Peguam Syarie.

(1) Jika suatu pihak berhasrat menukar Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan suatu notis penukaran dalam Borang MS 6 dan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada semua pihak.

(2) Seksyen 34 hendaklah terpakai berhubungan dengan penukaran Peguam Syarie sebagaimana seksyen itu terpakai berhubungan dengan perlantikan Peguam Syarie.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.