ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB VIII - ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 74. Menolak aduan.

(1) Hakim yang dihadapannya sesuatu aduan dibuat boleh menolak aduan itu jika, setelah memeriksa pengadu itu dan merekodkan pemeriksaan dan menimbangkan hasil siasatan (jika ada) yang dibuat di bawah seksyen 73, pada pendapatnya tiada alasan yang mencukupi untuk diadakan prosiding.

(2) Hakim, jika dia menolak aduan itu, hendaklah merekodkan sebab-sebab dia berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.