ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 109. Kes pendakwaan diterangkan oleh Mahkamah kepada yang dituduh yang tidak dibela.


(1) Dalam tiap-tiap pembicara di hadapan Mahkamah Qadhi jika dan apabila Mahkamah memanggil orang yang dituduh untuk membela dirinya Mahkamah hendaklah, jika orang yang dituduh tidak mewakili oleh peguam memberitahunya yang dia sendiri berhak memberi keterangan untuk membela dirinya dan jika memilih untuk memberi keterangan membela dirinya, hendaklah diberi ingatan berkenaan dengan faktor-faktor utama di dalam keterangan pendakwaan terhadapnya supaya dia boleh diberi pekuang untuk menjelaskannya.

(2) Kegagalan mana-mana orang yang dituduh pada mana-mana pembelaan untuk memberikan keterangan tidaklah boleh dijadikan suatu bahan teguran yang memburukkannya oleh pendakwaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.