ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VI - PROSIDING KHAS
BAB XXI - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 176. Rayuan.

(1) Semua hukuman yang dijatuhkan di bawah peruntukan-peruntukan Bab ini boleh dirayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah dalam hal hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, dan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dalam hal hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Peruntukan-peruntukan Bab XVII dan Bab XVIII hendaklah, setakat yang boleh, terpakai bagi rayuan-rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah rayuan boleh menolak rayuan itu, atau mengubah atau menolak pendapat atau mengurangkan, mengubah atau membatalkan hukuman.

(3) Peruntukan-peruntukan Bab XIX hendaklah juga terpakai bagi semua prosiding di bawah Bab ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.