ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 100. Perlantikan Pegawai Masjid.

(1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Johor, Majlis hendaklah melantik seorang atau beberapa orang Imam, Bilal dan Noja.

(2) Bagi masjid-masjid yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan selepas berunding dengan Majlis, jawatan Imam, Bilal dan Noja hendaklah dilantik oleh Majlis dari kalangan pegawai dalam perkhidmatan awam negeri atau pegawai perkhidmatan hal ehwal agama.

(3) Bagi tiap-tiap masjid yang tidak ditetapkan di bawah subseksyen (2), Majlis hendaklah melantik orang yang sesuai dan layak untuk menjadi Imam, Bilal dan Noja dari kalangan ahli kariah bagi masjid itu.

(4) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa telah menjadi Pegawai Masjid seperti Imam, Bilal dan Noja atau Pembantu Pegawai Masjid di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Pegawai Masjid atau Pembantu Pegawai Masjid, dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 102, terus memegang jawatan sebagai Pegawai Masjid atau Pembantu Pegawai Masjid.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.