ENAKMEN 5 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI



Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibubapa dan anak.

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibu bapanya dan keterangan ibu bapa terhadap anaknya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai bayyinah.

(4) Keterangan ibu bapa bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibu bapanya boleh diterima sebagai bayyinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.