ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN



Seksyen 93. Terletakhak.

(1) Semua hartabenda yang tertakluk kepada peruntukan seksyen 92 dan terletak di dalam negeri ini, hendaklah, tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan jua pun, dan, dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftar di bawah undang-undang bertulis yang relevan yang berhubungan dengan tanah, terletakhak pada Majlis, bagi maksud-maksud amanah, wakaf atau nazar am yang menyentuh hartabenda itu.

(2) Majlis hendaklah mengambil segala langkah yang perlu supaya terletakhak kepadanya sendiri bagi maksud-maksud yang serupa mana-mana hartabenda sedemikian yang terletak di luar negeri ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.