ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 111. Penukaran Kadi dalam masa penyiasatan atau pembicaraan.

Apabila mana-mana Kadi, selepas daripada mendengar dan merekodkan keseluruhan atau mana-mana bahagian keterangan di dalam suatu penyiasatan atau pembicaraan terhenti menjalankan bidangkuasa dan diganti oleh kadi lain yang mempunyai dan menjalankan bidangkuasa, maka kadi yang menggantikannya itu bolehlah menggunakan keterangan yang direkodkan oleh kadi yang dahulu atau sebahagian keterangan yang direkodkan oleh kadi yang dahulu itu dan sebahagiannya direkodkan olehnya sendiri, atau bolehlah dia memanggil semula saksi-saksi dan memulakan semula penyiasatan atau pembicaraan itu :

Dengan syarat seperti berikut-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.