ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI
Seksyen 120. Jenis pemeriksaan.
Saksi hendaklah diperiksa secara terbuka dalam Mahkamah atau secara rahsia melalui pihaknya yang ada pertalian dengannya.
MISALAN
(
a
) Jika saksi itu seorang penuntut, dia hendaklah diperiksa melalui guru sekolah tempat dia belajar atau melalui pihak yang boleh dipercayai di tempat tersebut;
(
b
) Jika saksi seorang anggota angkatan tentera dan hendaklah diperiksa melalui pegawai memerintah bahagiannya;
(
c
) Jika saksi seorang awam, dia hendaklah diperiksa melalui penduduk yang boleh dipercayai di tempat dia tinggal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.