ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 32. Daftar yang menyalahi undang-undang.
Tiada seorang pun, selain daripada Pendaftar yang dilantik di bawah Enakmen ini boleh-
(a) menyimpan apa-apa buku yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut Enakmen ini; atau
(b) mengeluarkan kepada seseorang apa-apa dokumen yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu salinan surat perakuan bagi perkahwinan atau perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.