ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Watak bila relevan



Seksyen 40. Dalam kes Mal, watak bagi membuktikan kelakuan yang ditohmahkan tidaklah relevan.

Dalam kes Mal fakta bahawa watak seseorang yang berkenaan adalah sebegitu rupa hingga boleh menyebabkan munasabah atau tidak munasabah apa-apa kelakuan yang ditohmahkan atasnya tidaklah relevan, kecuali setakat mana watak itu terzahir dari fakta yang relevan dengan jalan lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.