ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN III - YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN PERJALANAN MAJLIS
Kuasa, Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha



Seksyen 27. Salinan ketetapan yang diperakui.

Setiausaha boleh memperakukan salinan apa-apa ketetapan Majlis sebagai salinan benar bagi sesuatu ketetapan dan ketetapan itu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan yang mencukupi mengenainya, dan semua mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada ketetapan itu tanpa bukti tandatangan Setiausaha.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.