ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004
BAHAGIAN IV - PEMBATALAN WASIAT
Seksyen 15. Membatalkan wasiat.
(1) Sesuatu wasiat boleh dibatalkan sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya dengan—
(a)
pembatalan secara nyata;
(b)
pembatalan secara tersirat; atau
(c)
wasiat yang terkemudian yang mengatasi wasiat yang terdahulu.
(2) Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai dibatalkan—
(a)
jika pewasiat melakukan apa-apa perbuatan atau mewujudkan hal keadaan yang menunjukkan dengan
qarinah
atau
‘urf
bahawa dia telah membatalkan wasiatnya itu; atau
(b)
jika pewasiat telah sama sekali menghabiskan harta yang dibekuesnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.