ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXV - PROSIDING BANTAHAN



Seksyen 188. Perlepasan harta.

(1) Jika pemiutang pelaksanaan tidak, dalam tempoh tiga hari selepas disampaikan kepadanya bantahan itu, meminta bailif melepaskan harta itu, ia adalah disifatkan mempertikaikan bantahan itu.

(2) Jika pemiutang pelaksanaan tidak mempertikaikan bantahan itu ia tidak boleh, dalam ketiadaan hal keadaan khas, dikenakan membayar ganti rugi tetapi ia hendaklah dikenakan membayar kepada pembantah perbelanjaan dan kos yang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.