ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 115. Pengemukaan dokumen dan terjemahannya.

(1) Seseorang saksi yang dipanggil untuk mengemukakan sesuatu dokumen hendaklah, jika dokumen itu ada dalam miliknya atau kuasanya, membawa dokumen itu ke Mahkamah walaupun mungkin terdapat apa-apa bantahan terhadap pengemukaannya atau kebolehterimaannya. Keesahan sesuatu bantahan itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, memeriksa dokumen itu melainkan jika ia adalah berkenaan dengan hal ehwal Negeri, atau mengambil keterangan lain bagi membolehkannya menentukan kebolehterimaan dokumen itu.

(3) Jika bagi maksud itu adalah perlu menyebabkan sesuatu dokumen diterjemahkan, Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan penterjemahnya supaya merahsiakan kandungan dokumen itu melainkan jika dokumen itu akan diberi sebagai keterangan, dan jika penterjemah itu mengengkari arahan itu, dia melakukan satu kesalahan dan boleh dipenjara tidak melebihi tiga bulan atau benda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya penjara dan denda.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.