ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am



Seksyen 8. Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau kemudian.

(1) Apa-apa fakta ialah qarinah jika ia menunjukkan atau menjadikan motif atau persediaan bagi mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan.

(2) Kelakuan mana-mana pihak, atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana-mana pihak, dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan apa-apa fakta persoalan dalamnya atau yang relevan dengannya, dan kelakuan mana-mana orang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara mana-mana prosiding, ialah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.