ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 155. Bersekedudukan.

(1) Mana-mana lelaki Islam yang tinggal bersama sebagai suami-isteri dengan mana-mana perempuan Islam atau bukan Islam dengan tidak nikah yang sah mengikut Hukum Syarak dan bukan mohrimnya dengan sebab keturunan, persaudaraan, susuan atau peliharaan adalah melakukan kesalahan bersekedudukan.

(2) Mana-mana perempuan Islam yang tinggal bersama sebagai suami-isteri dengan mana-mana lelaki Islam atau bukan Islam dengan tidak nikah yang sah mengikut Hukum Syarak dan bukan mohrimnya dengan sebab keturunan, persaudaraan, susuan atau pemeliharaan adalah melakukan kesalahan bersekedudukan.

(3) Barangsiapa yang melakukan kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) atau (2) seksyen ini hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.