ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 82. Kesan kesilapan.

Tiada kesilapan sama ada dalam menyatakan kesalahan atau butir-butir yang dikehendaki disebutkan dalam pertuduhan itu, dan tiada peninggalan untuk menyatakan kesalahan atau butir-butir itu boleh dianggap, pada mana-mana peringkat kes, sebagai material melainkan jika tertuduh sebenarnya telah terkeliru oleh kesilapan atau peninggalan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.