ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 10 - Peruntukan Am



Seksyen 130. Kemuktamadan Hukum Syarak.

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di dalam Enakmen ini yang tak konsisten dengan Hukum Syarak hendaklah tak sah setakat mana ianya tak konsisten.

(2) Dalam perkara-perkara yang tidak diperuntukan oleh Enakmen ini atau dalam hal keadaan kesamaran, undang-undang berhubung dengan perkara yang sama yang diperuntukan oleh Hukum Syarak hendaklah terpakai.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.