ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan Yang Dibuat Di Bawah Hal Keadaan Khas



Seksyen 25. Pernyataan tentang fakta daripada jenis awam yang terkandung dalam perundangan atau pemberitahuan tertentu ialah qarinah.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa fakta daripada jenis awam, apa-apa pernyataan mengenai fakta itu yang dibuat di dalam sesuatu sebutan permulaan yang terkandung dalam sesuatu resital yang terkandung dalam sesuatu Akta, Ordinan, Enakmen, atau di dalam pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang disiarkan dalam Warta Persekutuan atau Negeri, ialah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.