ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 90. Perintah larangan oleh Mahkamah.

(1) Walau apapun peruntukan-peruntukan seksyen 79, Mahkamah boleh, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi-wasi mereka masing-masing atau wasi-wasi kepada wasi-wasi mereka masing-masing dari-
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah.

(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak bersalahan dengan perintah itu boleh ditetapkan sebagai taksah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah menurut subseksyen (2) melainkan jika perlu atau manfaat bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.